Thursday, May 23, 2013

Kad Ucapan Menggunakan Kertas Tisu (Handmade Card using Tissue Paper)

Lama tidak buat entri berkenaan hasil kreatif.
Yang sudah siap banyak; Yang tak dimuat turun lagilah banyak! 
Faktornya? Hmmmm....minda kontang lalu ketandusan ide menyusun abjad demi abjad untuk dilontar ke dada blog bagi mengongsi hasilnya; ATAUPUN
"M" yang terlalu bebal menakluk diri lalu termakan dengan bujukan Si "M" itu lantas duduklah dia bersenang-lenang umpana seorang 'billionaire perasan' sambil tertawa besar (sekadar metafora; sila abaikan ayat-ayat imaginasi tersebut)
ATAUPUN kedua-duanya (Minda "0" + "M" besar = ??????)
.....Sila jawap sendiri untuk diri sendiri
Jangan mencebik, jangan menafikan; semua memiliki perasaan @ karektor sedemikian. Bezanya menangani ikut cara & citarasa sendiri.

*******************
Berbalik dengan hasil kreatif sendiri; Kad-kad ini semuanya dibuat sekian lama; Sudah tiada dalam simpanan; Ada yang ke benua Amerika; Ada juga yang berhijrah ke benua Eropah; Nasib mereka tidak diketahui.
----------------
Saya gunakan teknik 'tie-dye' dan hampir keseluruhan hiasan menggunakan tisu yang diwarnakan menggunakan teknik tersebut. Semoga apa yang dikongsi sedikit sebanyak dapat memberi anda idea dalam apa jua bidang yang anda lakukan. 
(I used a tie-dye technique to embellish most of the these cards. I do hope by sharing this you will get at least some ideas for any project you are onto now.)



Kad tingkap berlangsir.

Kad dihias dengan tisu yang diwarna menggunakan teknik 'tie-dye'; Bentuk hati dari kadbod yang dibalut dengan tisu berwarna diletak ditengah & dipasang dengan juntaian manik. Tisu dipotong lalu diikat dengan utasan benang. Akhir sekali, lekatkan butang kecil pelbagai warna di bawahnya.
(Window frame with curtain card.
The card is embellished with coloured tissue paper using a tie-dye technique. I then fixed a heart shaped cardboard wrapped with colourful tissue then hang the beads in between. Slitted the tissue and tie both side with thread/string. Finally I added colourful tiny buttons underneath.) 


Kad hijau dicap dengan 'designed stamp'. Selebihnya menggunakan tali, butang dan tisu berwarna. Prosesnya mudah; Mula-mula lekatkan tisu berwarna di atas kad, selepas itu lekatkan tali dan butang di atasnya.


(I used designed stamp for the green based card. To embellish the card I used string, buttons and coloured tissue. This is easy to make. First I glued the colour tissue on the card, then fixed the string and button on top of it.) 


Kad ucapan terima kasih yang ringkas.
Masih menekankan  penggunaan tisu berwarna tetapi kali ini sedikit berbeza di mana saya gunakan pengecap setem pada tisu. Kadbod dibahagi kepada dua bentuk iaitu segi empat tepat dan hati. Kadbod berbentuk dibalut dengan kertas tisu berwarna. Lekatkan kad segi empat tepat di atas kad. Kad berbentuk hati ditebuk lubang di tengah dan kemudiannya masukkan tali/benang dan simpul dengan butang pelbagai saiz. Butang yang saya pilih sesuai dengan saiz tali yang saya guna. Akhir sekali, lekatkan ke atas kad dan lihatlah hasilnya.


(A simple Thank You card.
I still emphasised on the colourful tissue paper. On this card I used designed stamp on top of the tissue. Cut cardboard into rectangular and heart shaped then wrapped both shapes with colourful tissue. First, I glued the rectangle cardboard on the card stock. At the meantime, punch a hole in the middle of the heart shaped card board. Insert the thread through the hole and variety sizes of buttons. But then I've to ensure the button holes fit the thread I used. Finally, I glued the remaining onto the card stock and have a look at the result.)


Yang ini saya gunakan tisu muka biasa di mana beberapa lapisan tisu disusun di atas pengecap setem. Pastikan lapisan tisu mencukupi dari segi kemampatan dan ketebalan mengikut kesesuaian bahan perhiasan lain. Percikan air ke atas tisu. Pastikan permukaan lembap tetapi tidak lecek. Sebaik kesemua permukaan tisu lembap, tekan tisu mengunakan telapak tangan atau di atas sebarang permukaan rata bagi memampatkan lapisan tisu tersebut. Biarkan hingga kering. Ianya memakan hampir 24 jam untuk kering namun berpuas hati dengan hasilnya. Sebaik kering, kopek/alihkan tisu dengan hati-hati daripada pengecap setem tadi. Hasilnya seperti gambar di atas. Pada bahagian tengah, saya hias dengan butang manakala disekeliling tisu saya gunakan dawai kokot berwarna-warni. Akhir sekali gunakan pita pelekat dua-sisi dan lekatkan tisu di atas kad.


(This is a plain white facial tissue which I layered on top of the designed stamp. 
Ensure the layered tissue is sufficient to hold the staples and other remaining embellishments. Sprinkle water on the tissue. Wet enough but not soggy; Once the whole surface wet; press the tissue with your palm or any flat surface to compress it. Leave to dry. This took almost 24 hours to dry but then I was satisfied with its result. Once dry, carefully peel the tissue from the stamp. The result as seen on the above picture. I then embellish with button on the centre. I use colourful staples all over its edges. Finally use the double sided tape to stick the tissue on the card-stock.)
***************************************

Selamat Mencuba! Try It!

6 comments:

  1. Just " Beautiful", love the vibrant colors!!!!!
    I love your creations. New follower here via GFC.
    Marisa from
    http://passionetcouture.blogspot.ca/

    ReplyDelete
  2. Menarik sekali hasil tangan MG. Kreatif dan penuh seni. Bijak juga bermain warna. I love it :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BM kerana sudi berkunjung ke sini. Kembang sekejap kena puji.....hehehh. Ada masa terluang bolehbuat dengan anak2 BM juga.

      Delete

Thank you for visiting margegoh.blogspot.com
I appreciate your comments.
....xoxo

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...